Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.pun] | جڤون

Definisi : sj ikan laut, Ariomma indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.pun] | جڤون

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok kecil yg senantiasa menghijau), jitung, zetun, Thevetia peruviana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jepun

Puisi
 

Ah Liew peranakan Jepun,
     Mengembang bunga di dalam cawan;
Berapa banyak bunga di taman,
     Satu buat memberi rawan.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBasikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.
Kurik Kundi Merah SagaAh Liew peranakan Jepun, Mengembang bunga di dalam cawan; Berapa banyak bunga di taman, Satu buat memberi rawan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Bulanlah mana tahun pun mana, Dendam tak luput di dalam jiwa.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Wahai tuan tumpang bertanya, Burung terbang terlampau lama.
Kurik Kundi Merah SagaPun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek.
Kurik Kundi Merah SagaBukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa.

Kembali ke atas