Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap pada jerami, Habis padi jerami dibuang; Apa diharap kepada kami, Muka buruk budi kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putih jerami tanah lintar, Lintar menanah tiga puluh; Tiga hari mayat terlantar, Menanti kain bekas tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ketam padi jerami tinggi, Ketam pula balik pulau; Kalau tiada kami di sini, Siapa pula teman bergurau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk? |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga sena dalam jerami, Putik kandis dalam dulang; Cuba guna dalam nyanyi, Bawa nyanyi depan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk kangkung batang jerami, Bunga padi di Tanah Daik; Sudah tak sanggup dengan kami, Cari ganti tempat yang baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu. |