| Kurik Kundi Merah Saga | Tuan makan jeruk maman, Tiga dengan daun campur; Sudah tuan tegak di laman, Naik ke rumah kita bercampur. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah petai sedap dijeruk, Kalau jeruk hendak tua; Deraslah benar tuan merajuk, Orang merajuk lekaslah tua. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ya ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ngiau-ngiau kucing di rakit, Nak makan jeruk belimbing; Mak! Mak! Tunangku sakit, Nak mengintai di balik dinding. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hendak majun diberi majun, Majun ada di dalam jeruk; Hendak pantun diberi pantun, Pantun orang tua tidaklah elok. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga. |