Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ka.lau] | جکالاو

Definisi : kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ka.lau] | جکالاو

Definisi : kata penghubung yg menyatakan syarat (janji); kalau: Saya akan mula bekerja besok ~ tuan membenarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jikalau
Rujuk :jika

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRautlah nyiru jambangan lidi, Jikalau mandi bersesah jangan; Jikalau mahu kami, Jikalau jadi menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaDari Acheh bersapu tangan, Gajuk tiang mana nak cabut; Jikalau kasih menghantar teman, Jikalau sayang berbilang rambut.
Kurik Kundi Merah SagaJikalau tuan pergi ke Jenuh, Belikan saya ikan putih; Jika tuan beriman sungguh, Anak orang jangan dipilih.
Kurik Kundi Merah SagaJikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaJikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan.
Kurik Kundi Merah SagaJikalau ada sumur di ladang, Pelangah baru saya jerangkan; Jikalau ada umur panjang, Belakang baru saya datangkan.
Kurik Kundi Merah SagaJikalau abang pergi ke seberang, Pergi seberang membeli jambu; Jikalau abang selamat pulang, Jangan adinda ditinggal lalu.
Kurik Kundi Merah SagaJikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi.
Kurik Kundi Merah SagaLembut ikan jemaralidin, Jikalau mandi disesah jangan; Adiklah kaya abang miskin, Jikalau jadi menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaMinyak licin sebelah pangkin, Jikalau mandi dicuci jangan; Kalau mahu hidup miskin, Jikalau jadi menyesal jangan.
12345

Kembali ke atas