Kurik Kundi Merah Saga | Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kutanam kutanam juga, Dari air sampai ke darat; Kalau kukenang kukenang juga, Dari dunia sampai ke akhirat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang, udang juga, Tak boleh dibuat anak tenggiri; Anak orang, orang juga, Tak boleh dibuat anak sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya. |