Kurik Kundi Merah Saga | Encik Leman menunggang kuda, Bawa kuda di bawah bukit; Iman jatuh kerana kakanda, Kakanda bimbang bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah betik buah yang rendang, Mari kukupas dengannya kuku; Kakanda balik berjalan seorang, Mari dihantar sampai ke pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima? |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju hitam kancing tujuh, Mari letak tepi dulang; Kalau kakanda berani sungguh, Ambil saya di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok nyiur di tepi laut, Anak sembilang di bawah batang; Kakanda tuan melangkah laut, Dualah pulang tiga datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan dolok bertanam pisang, Tanamlah pisang tepi perigi; Jangan dolok kakanda pulang, Biarlah kita sampai ke pagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kerusi dalam puan, Alun-alun tepi jeraya; Sampai hati kakanda tuan, Dibuang lalu kepada saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. |