Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambing-kambing I

Puisi
 

Mbek-mbek kambing di hutan,
     Patah tanduk kambing jantan;
Abang pergi saya berpesan,
     Buah mabuk jangan dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kambing di parak panjang janggutnya,
     hati enggan banyak jawabnya.

Bermaksud :

Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKambing saya kambing Cik Baham, Dia makan bawah rumah; Budak ini sangat pemaham, Mana sirih tak boleh dikunyah.
Kurik Kundi Merah SagaMbek-mbek kambing di hutan, Patah tanduk kambing jantan; Abang pergi saya berpesan, Buah mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaJebak kambing tidur di kandang, Jebaknya luruh sampai ke tanah; Sedaplah kelih adik di jalan, Ambo nak turut sampai ke rumah.
Kurik Kundi Merah SagaWirit-wirit kambing di laman, Telur seribu di dalam pekan; Dengar adik abang berpesan, Buah mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaMati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaTetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging.
Kurik Kundi Merah SagaTetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging.

Kembali ke atas