Kurik Kundi Merah Saga | Ke bendanglah kami, Tidak berhuma lagi; Apa dipandang kepada kami, Kami tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan disumpit pelanduk kami, Pelanduk kami sudah berpagar; Jangan diikat si pantun kami, Pantun kami baru belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami; Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bersilat kami tidak ku pandai, Siraung kami berdiri duduk; Kasih menahun tidaklah ku pandai, Kasih kami seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Sebandi pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Kami senabi kasih umat, Kami juga kasih kepada tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ujar khabar melambak janar, Melambak janar di tempurung bulu; Bukan kami hendak benar, Kami hendak maulu-ulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kami tak takut kerbau datang, Suka melurut padi manila; Kami tak takut kekasih orang, Jika diturut hati nan suka. |