| Kurik Kundi Merah Saga | Buah kana kedai Cina, Satu taukeh dua Melayu; Saya berkehendak sudah lama, Hendak bercakap rasa malu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna buah pauh, Buah kana dalam baldi; Fasal saja lautan jauh, Kalau tidak berjalan kaki. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau beli buah berangan, Jangan lupa buah kana; Orang kaya jangan diangan, Orang miskin jangan dihina. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Main ke darat di tebing puan, Buah kana di dalam peti; Jika mendapat seperti tuan, Baru senang di dalam hati. |