Kurik Kundi Merah Saga | Kalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang pergi menebas, Singgah berehat di pohon jati; Kanda kupandang sekali imbas, Inilah buat penghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tali kuda tolong tambatkan, Terbang sekawan burung merpati; Bukan tidak kanda katakan, Adik membela si kami mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Acheh perang Belanda, Belanda banyak beribu-ribu; Cerailah kasih kepada kanda, Dindalah jangan mata bankudu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi ini padi Mak Baluk, Padi ditunda dari Palembang; Dapat sesuka hati kanda menjolok, Suntinglah adinda bunga kembang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiung banyak di pokok ara, Berpasang dengan si burung merbah; Jangan rindu sepeninggalan kanda, Kasih hati tidakkan berubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga lada tangkainya sama, Petik setangkai kembang melati; Adinda berjanji terlalu lama, Tidak sanggup kanda menanti. |