Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapal;

Puisi
 

Kapal dagang kapal Bugis,
     Kapal hendak ke negeri China;
Dulu tak cukup sekarang tak habis,
     Adik ini nak buang ke mana?


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Kapal besar ditunda jongkong.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapal kecil kapal besar, Kapal tak pernah naik haji; Dari kecil hingga besar, Saya tak pernah mungkir janji.
Kurik Kundi Merah SagaKapal dagang kapal Bugis, Kapal hendak ke negeri China; Dulu tak cukup sekarang tak habis, Adik ini nak buang ke mana?
Kurik Kundi Merah SagaKapal kolek si kapal kecil, Kapal datang dari Siam; Adik kecil abang pun kecil, Kita tunggu tahun depan.
Kurik Kundi Merah SagaEmpat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar tengah malam, Kapal Bugis sudah datang; Sudah lama abang menghilang, Ke mana pergi tak nampak bayang.
Kurik Kundi Merah SagaSudah datang kapal Seranji, Sampai di kapal tawar-menawar; Sudah sampai si jantung hati, Racun diminum jadi penawar.
Kurik Kundi Merah SagaSudah datang kapal Seranji, Sampai di kapal tawar-menawar; Sudah sampai si jantung hati, Racun diminum jadi penawar.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaKapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah.
12345678910

Kembali ke atas