Kurik Kundi Merah Saga | Kayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu jelutung kayu di rimba, Mati bertimpa kayu kelat; Sudah untung kita berdua, Umpama ikan dalam belat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu senduk kayu jati, Mari letak atas permatang; Nasi sejuk sudah basi, Nantikan tuan lambat datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Racik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu berikat si kayu api, Anak udang di bawah daun; Kalau tak dapat bagai di hati, Biar bujang seribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pintu kota gantunglah jam, Kayu bernama si kayu jati; Kalau senjata kurang tajam, Sekali tikam haram tak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka. |