Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke sebelah luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pergi) ke bahagian luar; ke sebelah luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Kapal berlabuh di Kuala Sepetang,
     Membawa dagang ke luar negeri;
Kerana hari telah petang,
     Mohon izin mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti.
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaPokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih jahit ke Bali, Kain tuan pulanglah ke dulang; Kasih tuan di luar diri, Kasih saya sampai ke tulang.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih jahit ke Bali, Kain tuan pulanglah ke dulang; Kasih tuan di luar diri, Kasih saya sampai ke tulang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.
Kurik Kundi Merah SagaBertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih hendak dijahit, Dijahit orang di waktu malam; Kasih abang di luar kulit, Kasih kehendak sampai ke dalam.
12

Kembali ke atas