Kurik Kundi Merah Saga | Naik kuda bertali sabut, Sampai ke Jawa upah ke bendang; Dulu muda semua berebut, Sudah tua siapa tak pandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggal empat jarumlah mati, Hendak ke mana ke hujung naga; Sudah mendapat kehendak di hati, Abang semua bayarlah harga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting? |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Daik, Belikan saya sebilah parang; Kalau tuan hati yang baik, Semua orang suka berkawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina dari Kuantan, Nak belayar pergi ke Arab; Abang sungguh pandai berpantun, Semua pantun dapat dijawab. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam selasih di tepi perigi, Anak Mahua pergi ke kota; Kalau kekasih ditinggalkan pergi, Semua puteri aku tak suka. |