Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Tanjung ke Pulau Manis, Dua tiga ke Pulau Payang; Hidung mancung mulutnya manis, Di situ tempat hatiku sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Turun ke sawah memikul bajak, Hendak menyemai bunting padi; Sudah terpijak bumi Allah, Di situ tempat berakhir janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Santubong ke Teluk Tambak, Tempatlah budak berjalan kaki; Hidung mancung bersenyum tidak, Di situ tempat gilaku mati. |