Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi; buah hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 
Jika Leman kekasih orang,
     Dipalit dengan tenun aksinya;
Ingat-ingat abang seorang,
     Balik belakang ada gantinya.

Lihat selanjutnya...(79)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Singgah hinggap di pohon jati; Marilah wahai kekasih sayang, Kekasih kupuja segenap hati.
Kurik Kundi Merah SagaJika Leman kekasih orang, Dipalit dengan tenun aksinya; Ingat-ingat abang seorang, Balik belakang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Melana saya Melini, Makan terubuk seorang menelan; Kekasih di sana abang di sini, Ibarat pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih pohonnya tinggi, Berdaun sehelai dimakan kuda; Wahai kekasih hamba pergi, Ada umur berjumpa juga.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan.

Kurik Kundi Merah SagaPohon selasih pohon mengkudu, Dibawa orang ke Singapura; Jikalau kekasih sudah berpadu, Hati riang tidak terkira.
12345678

Kembali ke atas