Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) akan datang, kemu­dian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : Jk kelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : ; ~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) yg akan datang; kemudian; nanti: Saya ingin menjadi doktor apabila sampai masanya ~. kemudian ~ masa yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Jangan sangat pemilih,
     takut terkena buku buluh (kelak).

Bermaksud :

Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(12)

467

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Jangan bermain api

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang selangat ikan seluang, Belah belakang ambil hatinya; Usah niat adik seorang, Kelak belakang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik pergi menuba, Dapat seekor ikan haruan; Perkara tak baik jangan dicuba, Takut kelak merana badan.
Kurik Kundi Merah SagaIkan mati kerana tuba, Tuba dibuat di dalam hutan; Yang malang jangan dicuba, Hidup kelak binasa badan.

Kembali ke atas