Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lim] | کليم

Definisi : lipatan pd tepi kain yg dijahit; ~ Betawi kelim dua kali (digunakan pd kain yg halus); ~ lapis sj kelim yg digunakan pd kain kasar; ~ papan sj kelim yg pipih (bagi kain benang yg halus); ~ sambung sj kelim yg digunakan apabila menyambung dua bahagian badan baju; ~ tindih kasih kelim yg di dalamnya dilapik dgn pita; berkelim ada kelimnya, berlipatan (yg di­jahitkan); mengelim menjahit kelim: kain ini cantik rupanya, senang menjahitnya dan ~ tepinya; pengelim alat utk mengelim (pd mesin jahit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lim] | کليم

Definisi : pintalan (pilinan) pd tepi kulit karipap dsb yg telah dicantumkan utk me­ngejapkan cantumannya (supaya tidak dima­suki minyak dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lim] | کليم

Definisi : lipatan pd tepi kain yg dijahit. berkelim ada kelimnya. mengelim menjahit kelim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lim] | کليم

Definisi : pintalan pd tepi atau pd keliling karipap dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelim (kata nama)
Bersinonim dengan kelipatan, som, kili, pelipat, lipatan kecil;,
Kata Terbitan : berkelim, mengelim,

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi berkelim, Kelim tepi belakang; Hatiku rindu tak dapat dikirim, Hendak dikirim bukannya barang.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi dikelim, Mari kelim sisi belalang; Sirih pinang boleh dikirim, Nak kirim bukannya barang.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Muda duduk beratus, Apa duduk dibangkang jangan; Jahit sudah kelim tak terus, Selalu jarum patah di tangan.

Kembali ke atas