Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis condong ke Keling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk mengoleng, Sudah mengoleng ketawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Keling sembahyang sami, Dia sembahyang pagi petang; Ingat rumput di bumi, Dipijak orang pagi petang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Keling berkedai rempah, Asam paya melawan cuka; Sudah nasib tuan menempah, Barang dicari kerap berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ketok-ketok harimau garang, Keling pandai cakap Jawa; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua Cina dua Melayu, Dua Keling menjual kain; Kerana apa bunga layu, Embun menitik di tempat lain. |