Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan bawa kemudi, Kemudi dibawa di tepi pantai; Kalau kenang kurang budi, Sirih layu lekat di tangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ajong landai kemudi landai, Landai mari terhirit duri; Adik pandai saya pun pandai, Jangan pula meninggi diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak cengal buat kemudi, Buah pauh Permatang Panjang; Dengar adik baik budi, Dari jauh abang datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik. |