Kurik Kundi Merah Saga | Pohon kenanga dililit ubi, Daunnya luruh belum berputik; Perkara bunga suntingan nabi, Bolehlah hamba datang memetik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga kenanga bunga kenangan, Kenangan Uda bersama Dara; Seribu tahun dalam kehilangan, Namun lupa tidak ketara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga keduduk bunga kenanga, Berbau harum sampai ke jalan; Hamba duduk sambil bertanya, Ibarat pungguk merindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Membeli baju bunga kenanga, Ada lebih untuk berganda; Harap pemalu kamu semua, Di situ tuan melihat rupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau menarah batang jati, Batang kenanga dikapak juga; Alangkah resah rasanya hati, Sudah lama tak nampak muka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau menarah batang jati, Batang kenanga dikapak juga; Alangkah resah rasanya hati, Sudah lama tak nampak muka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas di bulan puasa, Bunga kenanga kembang di taman; Tilam emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik nanas bunga cempaka, Ketiga dengan bunga kenanga; Tuan emas saya tembaga, Manakan boleh duduk bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang lalu berempat, Di balik pohon kenanga; Sudah hilang di mana nak dapat, Ambil kertas lukiskan nama. |