Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut lelang, Ketiga dengan limau kasturi; Gunung diseru menjadi padang, Baru senang berjalan kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun kerikil daun maman, Ketiga dengan daun cempa; Kenapa tuan tegak di laman, Naik ke rumah tuan kenapa? |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik nanas bunga cempaka, Ketiga dengan bunga kenanga; Tuan emas saya tembaga, Manakan boleh duduk bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melor bunga melati, Ketiga dengan bunga kertas; Dari telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bawal tambak bawal cermin, Ketiga dengan bawal Pak Isa; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama tidak merasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pisang Pulau Pauh, Sampai ketiga Pulau Kemudi; Kami datang dari jauh, Kerana hendak membalas budi. |