Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang kijang berjalan, Kijang mencari daun lana; Petang-petang bujang berjalan, Bujang nak cari anak teruna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kijang kuning di tengah belukar, Disalak mari anjing Belanda; Meski di dalam padang terbakar, Adik seorang aku tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berlari bukannya kijang, Pandan terjemur di bumbungan; Berbunyi bukannya riang, Badan terkenang di peruntungan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Aur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan si pucuk nanas, Si pucuk rotan saya carikan; Jangankan kijang bertanduk emas, Bertanduk intan saya carikan. |