| Kurik Kundi Merah Saga | Kota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jauh sungguh kota seberang, Dekat lagi kota Cik Dayang; Susah sungguh kasih seorang, Entahkan tidak kasih dan sayang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Husin pergi ke kota, Sampai ke kota membeli barang; Orang miskin hidup menderita, Orang kaya bersenang-lenang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Baru sekali pergi ke kota, Datang ke kota bunyi bergaduh; Baru sekali saya berkata, Hendak peduli kakanda jauh. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak tanam papaya, Tanam mari tepi kota; Sudah mari tepi kota, Tuah melambung malang menimpa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pintu kota gantunglah jam, Kayu bernama si kayu jati; Kalau senjata kurang tajam, Sekali tikam haram tak mati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Inderagiri Kota Belanda, Orang Acheh menanam buluh; Memang untung berkahwin janda, Anak besar boleh disuruh. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau roboh Kota Melaka, Ambillah pedang menyabit rumput; Kalaulah sungguh menahan cinta, Laksana kapal dipukul ribut. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan; Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa dan badan saya serahkan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau roboh Kota Melaka, Ambillah pedang menyabit rumput; Kalaulah sungguh menahan cinta, Laksana kapal dipukul ribut. |