Kurik Kundi Merah Saga | Anak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasir Raja diletak papan, Kuala Jengal diletak besi; Pasir Raja tempat mencari makan, Kuala Jengal tempat mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuala Jengal pasir melayang, Selat Batu timbul telaga; Sudah banyak berkasih sayang, Tinggal aku tidak mengapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuala Abang pasirnya putih, Tempat penyu membuat sarang; Apa guna hati merintih, Kekasih sudah dipinang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sipitang Kuala Tuhur, Banyak perahu di tepi pantai; Minta maaf kata terlanjur, Asalkan hajat kita sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Kuala tanahnya merah, Kutip ulam pucuk berdaun; Ambo gila orang baju merah, Habis bulan berganti tahun. |