Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuantan

Puisi
 

Terbang merbah dari Kuantan,
     Saya mencaruk telur pipit;
Alangkan sepah saya makan,
     Inikan pula pinang bergigit.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Karam sambal oleh belacan.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang merbah dari Kuantan, Saya mencaruk telur pipit; Alangkan sepah saya makan, Inikan pula pinang bergigit.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang merbah dari Kuantan, Hinggap singgah di ranting keduduk; Pinang bulat saya makan, Inikan pula pinang bertampuk.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Cina dari Kuantan, Nak belayar pergi ke Arab; Abang sungguh pandai berpantun, Semua pantun dapat dijawab.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi Bukit Kuantan, Tempat menjemur biji kundur; Abang pergi tidak makan, Adik di rumah haram tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Embung Hulu Kuantan, Tempat buluh perindu; Minta racun saya nak makan, Saya tak tahan menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak.
Kurik Kundi Merah SagaSirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan.

Kembali ke atas