Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak majun kuberi majun, Majun saya dalam kuali; Hendak pantun diberi pantun, Pantun saya tidak terbeli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar. |