Kurik Kundi Merah Saga | Kucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil limau di tepi beting, Beting ada di kebun limau; Kalau rimau gurunya kucing, Kenapa kucing takutkan rimau? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus menggaru papan, Papan digaru si kayu jati; Bukan kurus kerana tak makan, Kerana kasih jauh di hati. |