Kurik Kundi Merah Saga | Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa makan di padang; Budak ini budak biasa, Biasa merebut kekasih orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuda ini kuda buatan, Mari tambat Johor Lama; Rumah buruk pengikat rotan, Kalau baik kutunggu lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Leman menunggang kuda, Bawa kuda di bawah bukit; Iman jatuh kerana kakanda, Kakanda bimbang bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana naik kuda, Kuda datang dari Acheh; Bukan senang bermain muda, Nak ada ilmu yang terpilih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Acheh memacu kuda, Kuda dipacu laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. |