Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi­-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahan­kan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : , kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda-kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana naik kuda, Kuda datang dari Acheh; Bukan senang bermain muda, Nak ada ilmu yang terpilih.
Kurik Kundi Merah SagaOrang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Acheh memacu kuda, Kuda dipacu laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Bali terajang kuda, Kuda kuning celana kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niatku tidak pada yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaKuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaKuda ini kuda biasa, Kuda biasa makan di padang; Budak ini budak biasa, Biasa merebut kekasih orang.
Kurik Kundi Merah SagaKuda ini kuda buatan, Mari tambat Johor Lama; Rumah buruk pengikat rotan, Kalau baik kutunggu lama.
Kurik Kundi Merah SagaMacam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Leman menunggang kuda, Bawa kuda di bawah bukit; Iman jatuh kerana kakanda, Kakanda bimbang bukan sedikit.
12345678

Kembali ke atas