[ku.pas] | کوڤس
Definisi : ; mengupas 1. membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau; 2. mengkaji dan menghuraikan dgn teliti (karangan, pendapat, persoalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yg dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. = mengupaskan ki menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi; mengupaskan 1. mengupas (mengopek) utk; 2. ki menelanjangi; terkupas 1. terkopek (kulitnya), lecet: ~ sedikit kulit lututnya kerana jatuh di jalan raya; 2. sudah dikupas: beras yg sudah ~ itu lima puluh gantang; kupasan 1. sesuatu yg sudah dikupas, hasil mengupas; 2. huraian ulasan, analisis: ~ buku ini berupa ikhtisar yg agak panjang lebar disertai dgn komentar; pengupasan perihal mengupas, pengulasan, penghuraian; pengupas 1. alat utk mengupas; 2. orang yg mengupas sesuatu spt kulit buah-buahan dsb; 3. orang yg membuat ulasan (spt buku dsb), pengulas, penganalisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.pas] | کوڤس
Definisi : ; mengupas 1 membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. mengupaskan mengupas sesuatu utk orang lain. terkupas sudah dikupas kulitnya; sudah dikopek kulitnya. kupasan 1 sesuatu yg sudah dikupas; hasil drpd mengupas. 2 huraian atau ulasan (mengenai sesuatu). pengupasan perbuatan atau hal mengupas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)