| Kurik Kundi Merah Saga | Kupu-kupu di batang kopi, Patah dahan kulit terkopak; Saya umpama rumput di bumi, Rendah dari rumput yang banyak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru saya mencari lain. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Tinggallah kuku dengan langit, Biar saya mencari lain. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kupu-kupu terbang balik, Mari singgah pokok mengkuang; Kalau rindu pesan balik, Air mata jangan dibuang. |