Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kusangka

Puisi
 

Kusangka aur di tanah seberang,
     Rupanya tebu tumbuh di busut;
Disangka jujur hati orang,
     Rupanya muslihat mencapai maksud.


Lihat selanjutnya...(22)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaKusangka aur di tanah seberang, Rupanya tebu tumbuh di busut; Disangka jujur hati orang, Rupanya muslihat mencapai maksud.
Kurik Kundi Merah SagaKusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaKusangka kapal di tengah laut, Rupanya terlanggar karang yang ganas; Kusangka kukuh embun di rumput, Rupanya hilang ditimpa panas.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip kusangka api, Kalau api mana dapurnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya?
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip kusangka api, Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya?
Kurik Kundi Merah SagaSecarik dua carik, Tebu lontong kusangka kayu; Kalau dibeli bercarik-carik, Manakan dapat sehelai baju.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan di balik awan, Bunga timbul kusangka mati; Jangan percaya mulut perempuan, Berani bersumpah takut mati.
Kurik Kundi Merah SagaDipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaBuah nanas di dalam ladang, Diladang oleh Cik Siti; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
123

Kembali ke atas