| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tangga peranggi, Putus tembirang dipukul ombak; Akan naik ke gunung tinggi, Jatuh pula ke hutan semak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tidak berbukit, Adalah bukit di Batu Arang; Kenang tuan bukan sedikit, Darilah dulu sampai sekarang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan kedai Yahudi, Dari Beaufort di kedai Cina; Kalau tuan berhati sudi, Bunga sekuntum dibahagi dua. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan jambatan batu, Tempat mengisi tudung pelikat; Dari tuan dulu satu, Nyawa di badan disimpan lipat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan Bukit Nalasung, Pandang jauh sayang-sayangan; Pantun bunga dalam tempisung, Akan kubuang sayang-sayangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Labuan pulau di laut, Khabar berita pulau jatuh; Khabarmu tuan saya menyambut, Asal rahsia disimpan teguh. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan. |