| Kurik Kundi Merah Saga | Bukan lada sebarang lada, Lada burung dari seberang; Bukan janda sebarang janda, Janda baru beranak seorang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Masak taugeh goreng lada, Lada ditumbuk lada putih; Tuan menagih pada yang ada, Saya merajuk pada yang kasih. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik menumis lada, Lada ditumis dalam kuali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jauh sekali. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna bertanam lada, Lada banyak di atas bukit; Apa guna mabukkan janda, Anak dara bukan sedikit. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Genap memakan lada, Lada ada di kebun orang; Menghadap panau di dada, Panau di pipi naga berjuang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit membeli lada, Lada sebiji dibelah tujuh; Apa disakit berbini tua, Anak tiri boleh disuruh. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tanam lada tepi perigi, Tumbuh rumput dengan sendayan; Jangan menyenda sekehendak hati, Takut sesal ditanggung kemudian. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga lada di atas batu, Bersama dengan bunga melati; Kalau ada niat begitu, Baik simpan dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rendang lada disimpul pulih, Banyak udang di Pasir Mayang; Pandang ada ambil tak boleh, Banyak orang kasih dan sayang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga lada tangkainya sama, Petik setangkai kembang melati; Adinda berjanji terlalu lama, Tidak sanggup kanda menanti. |