Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi.kan] | لاݢيکن

Definisi : ark sl sedangkan, salangkan, namun: saya yg lebih rapat dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.gi.kan] | لاݢيکن

Definisi : bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Tanjung Katung airnya biru,
     Tempat mengail orang Melaka;
Duduk sekampung lagikan rindu,
     Ini pula jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke Pancur, Singgah berlabuh Pulau Jawa; Sauh besi lagikan hancur, Inikan pula kayu di paya.
Kurik Kundi Merah SagaPokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit burung serindit, Terbang ke awan berderai-derai; Apa nak sesal padanya nasib, Nyawa di badan lagikan bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Arab turun ke Acheh, Singgah di Jawa bertanam serai; Apa diharap hati yang kasih, Badan dan nyawa lagikan tercerai.

Kembali ke atas