Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bat.lam.bat] | لمبت٢

Definisi : dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lambat-lambat

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Biar lambat asal selamat,
     tak lari gunung dikejar.

Bermaksud :

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti.
Kurik Kundi Merah SagaKalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaMengaji Qurªan Istanbul, Lambat pandai di tengah hari; Kalau adinda berhati betul, Kasilah abang cincin di jari.
Kurik Kundi Merah SagaTuan menjaja Qurªan Istanbul, Lambat tamat dipelajari; Kalau tuan berjanji betul, Dilucut akan cincin di jari.
Kurik Kundi Merah SagaAyam ditambat juragan Mamat, Terbang lari waktu fajar; Biarlah lambat asal selamat, Tidak lari gunung dikejar.
Kurik Kundi Merah SagaMerambat di Tanjung Batu, Jangan terambat ampaian kain; Biar lambat syukurnya tentu, Jangan supaya ke orang lain.
Kurik Kundi Merah SagaCik Gamat menikam gamat, Bunga melur kembang sekaki; Biar lambat asal selamat, Dalam telur boleh kunanti.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ahmad menikam gamat, Bunga melur kembang sekali; Biarlah lambat asalkan selamat, Di dalam telur boleh kunanti.
Kurik Kundi Merah SagaTuan merambat tebing beringkat, Rambut menyangkut di akar bambangan; Jangan lambat burung diikat, Burung makan di tapak tangan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau berdaun lebat sangat, Kalau berdahan dapat dititi; Kalau setahun lambat sangat, Kalau sebulan boleh dinanti.
123

Kembali ke atas