Kurik Kundi Merah Saga | Kalau landak sama landak, Turun ke pantai menyukat beras; Kalau hendak sama hendak, Gajah berantai boleh terlepas. |

Kurik Kundi Merah Saga | Landak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau boleh duri landak, Hendak pegang di tangan kiri; Kalau boleh seperti kehendak, Nyawa di badan hendak bagi. |

Kurik Kundi Merah Saga | Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu. |