| Kurik Kundi Merah Saga | Apa lauk nasi di rumah, Ikan bilis beli di pekan; Tuan umpama senjata yang lemah, Apa dihiris haram tak makan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa lauk nasi kurendang, Putik petola dari Patani; Apa ubat hatiku terkenang, Gesek biola tariklah menyanyi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Terlitak-litak dari pekan, Menjinjing lauk kira-kira; Bukannya litak dek tak makan, Litak diremuk kira-kira. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ubi kentang si ubi temu, Di bawah pokok jantan mawar; Orang yang kenyang kalau dijamu, Lauk sedap dikatakan tawar. |