Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Adik mandi ke laut jangan, Kuala di laut sangat deras; Adik menyanyi ingat jangan, Kalau diingat sangatnya belas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan jatuh ke laut, Jatuh ke laut dengan alasnya; Amboi berat budi disambut, Sambut dengan tiada balasnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merah terbang ke laut, Sampai ke laut mengangkut sarang; Air bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan mandi jangan ke laut, Asal ke laut airnya dalam; Tuan menyanyi jangan merungut, Asal merungut bertambah dendam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Onang-onang terbang ke laut, Mari ke laut si putih dada; Tunang orang saya tak takut, Kalau hendak boleh juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kokok ayam sahut-menyahut, Kokok mari di malam hari; Anak laut pulang ke laut, Tempat bermain setiap hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laut darat dijilat api, Ikan mati keramat tak jadi; Tergulung langit menimpa bumi, Barulah saya mungkirkan janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke laut memedil burung, Madu kelapa di dalam puan; Tujuh laut sembilan gunung, Saya tak lupa denganmu tuan. |