Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm per­mainan sukan; menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia; tercacak bagai ~ ter­gadai prb tertegun kehairanan; melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1 senjata bermata besi yg diradakkan atau dibalingkan (rupanya spt tombak tetapi kecil sedikit). 2 seligi drpd besi dll yg digunakan dlm permainan olahraga: pertandingan melontar ~. melembing meradak (menikam, melempar) dgn lembing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembing

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(13)

599

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke Lembing seguni minyak, Pergi Jerantut membeli jamu; Kalau abang nak berbini banyak, Terlebih dahulu tuntut ilmu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau berperang di dalam kubu, Tombak lembing buat perisai; Kalau hilang ayah ibuku, Seperti karang bunga berderai.
Kurik Kundi Merah SagaCik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga.

Kembali ke atas