| Kurik Kundi Merah Saga | Anak lembu tak tahu ke lembu, Pintal tali kembar tiga; Kalau nak bertemu tak tahu bertemu, Cuba nanti di jalan telaga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Lembu siapa tambat di pantai, Punca tali di pokok asam; Ilmu siapa adik pakai, Senyum sekali manis tang malam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Lembu lari berganti-ganti, Matahari terbit di Tanah Jawa; Kalau abang bersungguh hati, Mati hidup kita berdua. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak lembu ditambat orang, Makan padi dalam sawah; Bawa ilmu padi di ladang, Tambah berisi tunduk ke bawah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berkenal biasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mail menambat lembu, Dapat seekor ketam bertandan; Cantik puan pakai ilmu, Sungguh ilmu orang tak pandang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Zaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging. |