Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kuas] | لڠکواس

Definisi : sj tumbuhan (rizom), Alpinia galanga; ~ ranting sj tumbuhan, (rizom), Alpinia me­lanocarpa (conchigera); ~ di tepi kandang, tegak puas badan menyandang prb kesalahan yg kita lakukan kita jugalah yg menanggung akibatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kuas] | لڠکواس

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau rizomnya (rizomnya digunakan dlm masakan), Alpinia galanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengkuas

Puisi
 

Teluk Jambu Padang Lengkuas,
     Anak katak di atas tunggul;
Kalau peluk tak jemu pandang tak puas,
     Lama-lama nanti sekali timbul.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota; Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul.
Kurik Kundi Merah SagaHujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang.
Kurik Kundi Merah SagaMari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai.
Kurik Kundi Merah SagaLabu putik di Tanjung Jati, Pucuk lengkuas dalam dulang; Baru bertemu kehendak hati, Belum puas ditinggal pulang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas.

Kembali ke atas