Kurik Kundi Merah Saga | Lentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Aur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Elok sungguh dangau di padang, Cacat sedikit bumbungnya lentik; Elok sungguh tunang cik abang, Cacat sedikit punggungnya lentik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa lentik bumbung, Kalau tak salah rumah Cik Ghani; Tunang siapa lalu bertudung, Kalau tak salah tunang kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah Cina perabungnya lentik, Pelapik atas kayu cengal; Betina mana rupanya cantik, Silakan dekat saya nak kenal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik bulu lentik, Hendak mandi kolam terani; Tengok bunga setangkai cantik, Hendak memetik tidak berani. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gajah kecil mati terkepung, Mari diikat dengan akar serawa; Gigi lentik bagai berladung, Abang juga orang yang lawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Risik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berjumpa gajah dua serupa, Gajah kecil mati terkepung; Banyaknya lebih daripada adinda, Keningnya lentik bagai berladung. |