Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidi

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaMenjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat.
Kurik Kundi Merah SagaUlar lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya.
Kurik Kundi Merah SagaUlar lidi turun bertapa, Turun bertapa di pokok buluh; Fasal jadi tidak mengapa, Syukur rahsia dipegang teguh.
Kurik Kundi Merah SagaUlar lidi turun bertapa, Mari bertapa di kelopak kayu; Tidak menjadi tidak mengapa, Jangan saya diberi malu.
Kurik Kundi Merah SagaUlar lidi lepas bertapa, Bertapa mari di bukulah kayu; Tidak jadi tidak mengapa, Jangan adinda mengasi ku malu.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil tuanya lidi, Hendak berkayuh pasir seberang; Kecil-kecil pandai berbudi, Hendak sekupang tiada di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang.
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.
123

Kembali ke atas