Kurik Kundi Merah Saga | Ikan puyu melompat-lompat, Lompat mari sawah padi; Macam mana muka tak pucat, Baru demam pagi tadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sambil lompat berlari-lari, Lompat mari ke dalam kolam; Tuan cabut cincin di jari, Tidakkah turun di hati muram. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati. |