| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan pelikat hijau, Jatuh ke kaki berela-ela; Luka tangan sebab pisau, Luka hati kerana kata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Luka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan warna merah, Mari dibungkus dengan bunga; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati badan merana. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah. |