Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; melurut 1. memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah; ~ daun nipah; 2. melucutkan dgn jari (cincin dll); 3. memicit dgn jari utk melicinkan (kertas dll); 4. menceraikan biji-bijian drpd tangkainya: ~ padi utk makanan burung; 5. ki memetik hingga habis (buah-buahan); 6. ark mengopek (mengelupaskan) daging drpd tulang: sungguh­pun tiada bergigi, dilurutnya daging ayam rebusan itu, dikunyah-kunyah ditelan, ting­gal tulang juga; 7. mengalir (air sungai dll): spt air ~ atau mengalir ke laut; 8. berguling (pd bidang yg landai dll): sebiji guli ~ ke bawah tempat yg curam; lurutan perihal melurut; ~ bukan jepitan diambil banyak sekali (tidak diambil satu per satu tetapi dilurut); pelurut alat utk melurut: ~ daun pandan atau mengkuang yg telah dijemur kering; ~ dawai (Kej) alat utk menanggalkan penebat drpd dawai supaya penyambungan dapat dibuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lurut
Kata Terbitan : melurut,

Puisi
 

Lurut-lurut padi seberang,
     Buah banyak melirit-lirit;
Bergerak surut pasang hilang,
     Nampak hitam lumpur di parit.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPadi lurut selasih lurut, Bawa belayar tanah seberang; Budi turut kasih pun turut, Jangan harap hatilah orang.
Kurik Kundi Merah SagaLurut-lurut padi seberang, Buah banyak melirit-lirit; Bergerak surut pasang hilang, Nampak hitam lumpur di parit.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak lurut padi muda, Kenalah rendam bagi rapuh; Kalau nak turut hati muda, Kena pegang bagi kukuh.

Kembali ke atas