Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp embacang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bacang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata macang

Puisi
 

Buah macang setangkai lebat,
     Jatuh mari ke dalam padi;
Kalau putus tali penambat,
     Dia pulang tak balik lagi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMacang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang setangkai lebat, Jatuh mari ke dalam padi; Kalau putus tali penambat, Dia pulang tak balik lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang setangkai lebat, Belum dimakan manis dahulu; Budak ini menghantar surat, Belum dibaca menangis dulu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang serangkul lebat, Pakcik Saleh berniaga kain; Tiga dipancang dua tak lekat, Baik saya beralih lain.
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini.
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang buah kuini, Masak sebiji dalam daun; Mengapa begini hatiku ini, Habis bulan berganti tahun.
Kurik Kundi Merah SagaCincang-cincang kerabu macang, Salah tercincang ke jari manis; Petang-petang surat tuan datang, Belum dibaca tunduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaRendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaDari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain.

Kembali ke atas