Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hal] | ماهل

Definisi : 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak men­dapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu; ~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh; memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), meng­hargai lebih drpd sepatutnya; kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal; pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hal] | ماهل

Definisi : tinggi harganya; tidak murah: sungguhpun ~, dibeli juga. memahalkan meninggikan harganya; menaikkan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahal (adjektif)
Bersinonim dengan tinggi, melambung, menjulang, meningkat, naik;,
Kata Terbitan : memahalkan, kemahalan,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semahal-mahal gading,
     kalau patah tiada berharga.

Bermaksud :

Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa; Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaBukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.
Kurik Kundi Merah SagaSayang kedelat pinang kedeli, Pelepah jangan ditunggangkan; Sirih mahal pinang dibeli, Sepah jangan dibuangkan.
Kurik Kundi Merah SagaBeli kuda baik dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berkuda lalu dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga.
Kurik Kundi Merah SagaApa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaMari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual.
Kurik Kundi Merah SagaDari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga.
Kurik Kundi Merah SagaKinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga.
Kurik Kundi Merah SagaKinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga.
12

Kembali ke atas